Menurut Jaliah binti Khalib., et al (2017) , tumbuhan-tumbuhan dapat dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu tumbuhan berbunga dan tumbuhan tidak berbunga. Tumbuhan berbunga menghasilkan bunga, biji dan buah dan bunga biasanya berkembang menjadi buah. Bunga ini juga digunakan untuk pembiakan.
Terdapat dua jenis tumbuhan berbunga:
1. Tumbuhan monokotiledon
2. Tumbuhan dikotiledon
________________________________________________________________________________Ciri-ciri tumbuhan monokotiledon :
a. daun berurat selari
b. biji benih mengandungi satu kotiledon
c. akar serabut
d. batang yang lembut
Contoh tumbuhan monokotiledon:
--> Jagung
--> Tebu
--> Pokok Pisang
________________________________________________________________________________
Ciri-ciri tumbuhan dikotiledon:
a. Daun urat jejala
b. biji benih mempunyai dua kontiledon
c. akar tunjang
d. batang berkayu (keras)
Contoh tumbuhan dikotiledon:
--> Durian
--> Rambutan