2019年9月5日星期四

Asas Agroteknologi: Pengelasan Tumbuhan

Menurut Jaliah binti Khalib., et al (2017) , tumbuhan-tumbuhan dapat dikelaskan kepada dua kumpulan iaitu tumbuhan berbunga dan tumbuhan tidak berbunga. Tumbuhan berbunga menghasilkan bunga, biji dan buah dan bunga biasanya berkembang menjadi buah. Bunga ini juga digunakan untuk pembiakan.
Terdapat dua jenis tumbuhan berbunga:
1. Tumbuhan monokotiledon
2. Tumbuhan dikotiledon
________________________________________________________________________________Ciri-ciri tumbuhan monokotiledon :
a. daun berurat selari
b. biji benih mengandungi satu kotiledon

c. akar serabut
d. batang yang lembut
Contoh tumbuhan monokotiledon:
--> Jagung
--> Tebu
--> Pokok Pisang

________________________________________________________________________________
Ciri-ciri tumbuhan dikotiledon:
a. Daun urat jejala
b. biji benih mempunyai dua kontiledon
c. akar tunjang
d. batang berkayu (keras)
Contoh tumbuhan dikotiledon:
--> Durian
--> Rambutan

Jenis-Jenis Mesin Jahit

1. Mesin Jahit Kaki


2. Mesin Jahit Industri


3. Mesin Jahit Mudah Alih


4. Mesin Jahit Pengemas Tepi Industri


5. Mesin Jahit Sulaman Industri


6. Mesin Jahit Lubang Butang

Reka Bentuk Dan Teknologi


Pengenalan Reka Bentuk Dan Teknologi

Reka bentuk ialah pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan manusia. Reka bentuk yang dihasilkan hendaklah berdaya saing dengan produkproduk sedia ada dalam pasaran serta tidak mencemarkan alam sekitar. Reka bentuk dan teknologi adalah percambahan idea dalam prosespenyusunan bahan yang dirancang dengan mengaplikasikan sains dan matematik bagi memudahkan kehidupan manusia.